Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Program Memasak Bubur Lambuk Eratkan Ukhwah

By 13 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/Erzufariza Zulkifly (Pahang)

MARAN, 12 April (Malaysiaaktif) – Sempena menyambut bulan Ramadan Jawatankuasa Penyelarasan Bangunan Guna Sama Bangunan Persekutuan Daerah Maran menganjurkan Program Memasak Bubur Lambuk yang bertempat di Perkarangan Bangunan Wisma Persekutuan Daerah Maran.

Pegawai Kesihatan Daerah Maran merangkap Pengerusi Penyelarasan Bangunan Guna Sama Bangunan Persekutuan Daerah Maran, Dr Aminuddin Ma’Pol menyatakan bulan Ramadan kali ini amat istimewa buat seluruh rakyat Malaysia apabila negara pada tahun ini telah beralih ke Fasa Endemik sejak 1 April.

Justeru beliau menasihati agensi-agensi di Bangunan Persekutuan dan masyarakat di daerah Maran untuk mematuhi SOP yang ditetapkan terutama melibatkan perhimpunan awam, membeli belah dan mengunjungi bazar Ramadan.

“Pematuhan SOP adalah penting bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19,” katanya.

Program hari ini turut dimeriahkan debgan pelbagai aktiviti antaranya gotong-royong memasak bubur lambuk, cabutan bertuah, pengisian ceramah daripada Al-Fadhil Kadi Daerah Maran, Pelancaran ‘Soft Launch’ Duta Komuniti dan Edaran Bubur Lambuk kepada pelbagai agensi di Maran.

Turut hadir Ahli Dewan Negeri Kawasan Luit, YB Mohd Sofian  Abd Jalil  dan Kadi Daerah Maran Ustaz Amirul Farhan Wahi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda