Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Ketua Menteri Melaka Hargai Usaha Pegawai Syarak

By 13 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Muhaimin Amran (Melaka)

MELAKA, 13 April (Malaysiaaktif) – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menzahirkan ucapan terima kasih atas kecekalan serta usaha Pegawai-pegawai Syarak.

Pegawai-pegawai Syarak, pemimpin-pemimpin dan masyarakat di Parlimen Jasin turut disantuni Sulaiman dalam satu Majlis Berbuka Puasa di Masjid Ar-Rahman Kampung Pulai Serkam, Melaka.

“Pegawai-pegawai syarak terutamanya di Masjid Ar-Rahman Pulai begitu komited melaksanakan tugas dan tanggungjawab menjaga kemuliaan masjid sepanjang bulan Ramadan ini,” ujarnya.

Seramai sepuluh orang pegawai syarak terdiri daripada pengerusi masjid, imam, bilal, pegawai jenazah wanita dan penggali kubur turut menerima sumbangan sempena menyambut Syawal tidak lama lagi.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Serkam Datuk Zaidi Attan, Exco-Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka.

-ZS-

Tinggalkan komen anda