Laporan/foto: Noraidah Mat She (Jasin)
RIM, 13 April (Malaysiaaktif) – Seramai 150 orang warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan anak yatim menerima sumbangan di Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan Parlimen Jasin 2022, di sini semalam.
Majlis yang diadakan di Dewan Alamanda, Jasin telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka.
Menurut, Sulaiman Md Ali, sumbangan sempena bulan Ramadan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban perbelanjaan buat ahli masyarakat dalam membuat persiapan berbuka puasa dan hari raya yang bakal tiba nanti.
“Penerima-penerima sumbangan menerima barangan keperluan harian dan juga wang tunai, semoga usaha ini dapat memceriakan mereka,” ujarnya.
Turut hadir Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Datuk Zaidi Attan, Exco Kesihatan dan Antidadah Dr Muhammad Akmal Saleh, Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka dan pemimpin masyarakat dalam Parlimen Jasin.
-ZS-