Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Kerjasama Kerajaan dan NGO Tingkat Mutu Perkhidmatan Dialisis

By 14 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shaharuddin Daud(Kuala Pilah)/Media TZA

KUALA PILAH,  14 April (Malaysiaaktif) – Seiring dengan usaha meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan terutamanya berkaitan bidang hemodialisis, kerjasama antara Kerajaan dan NGO amat penting bagi memastikan setiap pesakit mendapat rawatan yang terbaik.

Sebagai tanda sokongan Kerajaan kepada inisiatif begini, Menteri Kewangan YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz telah menyampaikan sumbangan 20 kerusi roda untuk kegunaan Pusat Hemodialisis NSCMH, di sini semalam.

Malah ujar Tengku Zafrul, keprihatinan pusat dialisis seperti NSCMH memberi subsidi lebih RM3 juta setahun untuk kos rawatan amat bertepatan dengan konsep Keluarga Malaysia.

Berdasarkan kepada statistik semasa hampir 50,000 rakyat Malaysia menjalani rawatan dialisis secara berkala, kewujudan pusat dialisis oleh badan NGO dapat membantu Kerajaan menampung keperluan pesakit-pesakit ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh YB Dato’ Ismail Lasim dan ADUN Senaling YB Dato’ Adnan Abu Hassan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda