Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Semarak Kasih Ramadan Wadah Atasi Stigma Sosial Terhadap Bekas Banduan

By 13 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Masitah Binti Mat Zin (Seremban)/Penjara Seremban

SEREMBAN, 13 April (Malaysiaaktif) – Majlis Berbuka Puasa, Semarak Kasih Ramadan “Wadah Jalinan Ukhwah” telah diadakan di Penjara Seremban, kelmarin.

Pengarah Penjara  Seremban, PKP Ahmad Mustaqim Che Bisi berharap program tersebut akan dapat mengatasi stigma sosial dalam kalangan masyarakat terhadap banduan yang dibebaskan dari penjara.

“Tujuan utama majlis itu diadakan ialah untuk mengintegrasikan kembali banduan ke pangkuan masyarakat, menanam rasa keinsafan, kesedaran dan tanggungjawab dikalangan banduan yang bakal dibebaskan.

“Penjara bukan sahaja menjadi tempat untuk menghukum mereka yang melakukan kesalahan, namun lebih menjurus sebagai institusi yang bertanggungjawab untuk memulih, memimpin dan mendidik pesalah agar menjadi individu yang berdisiplin dan bertanggungjawab setelah mereka kembali ke pangkuan masyarakat,” ujarnya lagi.

Majlis juga diserikan dengan ceramah oleh Imam Muda Wan Najdi Wan Mohd Noh.

Turut hadir Pengarah Penerangan Negeri Sembilan, Shahnon Mohamad, Yayasan Maghfirah, Mohamad Alif Penain dan Pengarah Politeknik Nilai.

-ZS-

Tinggalkan komen anda