Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

UHSB Meraikan 48 Penerima Zakat

By 27 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hafizah Rahim (Terengganu)/UniSZA

KUALA NERUS, 27 April (Malaysiaaktif) – Seramai 34 orang penerima melibatkan kakitangan anak syarikat UniSZA Properties Sdn Bhd dan 14 orang komuniti Kuala Nerus menerima sumbangan zakat dalam Majlis Berbuka Puasa UniSZA Holdings Sdn Bhd (UHSB) Bersama Anak Syarikat, di sini baru-baru ini.

“Matlamat utama program adalah untuk meraikan kakitangan serta membantu meringankan beban komuniti Kuala Nerus dengan sumbangan zakat bagi menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi,” kata Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UHSB Haji Apli Yusoff yang turut menyampaikan sumbangan zakat kepada penerima.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak UHSB kerana dapat membantu golongan berpendapatan rendah,” kata Rohsenani Arifin, 51, yang merupakan seorang ibu tunggal.

Bapa kepada enam orang anak Faizul Jusoh, 39, pula berharap agar program sebegini dijadikan sebagai acara tahunan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda