Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

JPJ Perlis dan Masjid Saidina Umar Al-Khattab Permudahkan Rakyat

By 18 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat (Perlis)

KANGAR, 18 April (Malaysiaaktif) – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perlis telah menganjurkan Program JPJ Bersama Komuniti bertempat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Guar Syed Alwi, di sini baru-baru ini.

Ketua Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat JPJ Perlis, Tuan Munzir Hanis Md Saad, berharap program ini dapat mempermudahkan komuniti setempat berurusan dengan pihaknya.

“Ianya bagi memastikan orang ramai sentiasa merasakan pihak JPJ prihatin serta dekat di hati rakyat.

Antara urusan yang dipermudahkankan ialah pemeriksaan motosikal melebihi tiga tahun, pembaharuan lesen kenderaan motor dan lesen memandu serta pembayaran saman.

Aktiviti Sesi Sembang Santai JPJ Bersama Komuniti, Ceramah Keselamatan Jalan Raya dan pameran turut dijayakan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda