Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Agong Sempurnakan Pengurniaan Kunci Rumah Yayasan Al-Sultan Abdullah

By 15 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohamad Azree (Pahang)

RAUB, 15 Mei (Malaysiaaktif) – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Pengurniaan Kunci Rumah Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) kepada penerima, Shaharim Ahmad Amiruddin di Kampung Tanjung Putus, baru-baru ini.

Seri Paduka Baginda dalam titah ucapan menasihati para penerima kurniaan rumah YASA agar tidak menjual rumah tersebut kepada orang lain dan dijaga dengan baik supaya kekal menjadi hak milik keluarga turun-temurun.

“Saya berasa amat bersyukur dan terharu kerana Tuanku sendiri turun padang untuk mengurniakan kunci rumah YASA ini kepada saya,” ujar Shaharim, salah seorang penerima rumah YASA.

-ZS-

Tinggalkan komen anda