Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

JaPen Sabah Terus Komited Tangani Berita Palsu

By 15 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hazlinah Samsir (Sabah)

KOTA KINABALU, 15 Mei (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan Sabah (JaPen) terus komited dalam menjalankan tanggungjawab membantu menangani berita palsu.

Pengarahnya, Nadzerah Abdullah berkata, sebagai agensi yang bertanggungjawab memasarkan maklumat kerajaan, JaPen berhasrat dapat memberi input kepada orang awam akan peri pentingnya membanteras penularan berita palsu.

Menerusi Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu serta kerjasama daripada Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS), Program Cambah Minda pada Sabtu menampilkan panel jemputan iaitu Timbalan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Sabah, Heldora Hong serta Pegawai Berita BERNAMA Rohana Nasrah bagi membincangkan topik ‘Menangani Berita Palsu Dalam Media Sosial’.

Sesi perbincangan dilaksanakan secara hybrid melalui Webex serta secara langsung di laman media sosial rasmi Facebook Jabatan Penerangan Sabah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda