Laporan/foto: Mohd Hairie Izwan Awang/Hasrang Mat Zangi (Hulu Terengganu)
HULU TERENGGANU, 24 Mei (Malaysiaaktif) – Bagi membuka peluang perniagaan yang lebih luas kepada usahawan di Hulu Terengganu, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPK) telah mengadakan dialog usahawan Program Jaya Diri di Dewan Sivik Ajil, di sini semalam.
Barisan panel bicara terdiri daripada Usahawan yang berjaya, dikendalikan oleh Pengerusi Kelab Jaya Diri Parlimen Hulu Terengganu, Norsyakimah Mansor.
“Peluang perkongsian ilmu sebegini amat membantu usahawan di Parlimen Hulu Terengganu untuk memantapkan diri dalam perniagaan yang di usahakan,” kata Norsyakimah.
Program berbentuk dialog ini melibatkan 300 peserta yang terdiri daripada usahawan yang mendapat bantuan daripada pelbagai agensi kerajaan.
-ZS-