Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Penuntut Kolej Jadikan Sulaman Manik Pendapatan Sampingan

By 24 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Nizwan Mohd Daini (Sabah)

KOTA KINABALU, 24 Mei (Malaysiaaktif) – Meskipun bergelar seorang pelajar, penuntut Kolej Geomatika Keningau, Exter Jamalun, 22, yang berasal dari Kudat menjadikan hobi menyulam manik bagi menjana pendapatan sampingan.

Menurutnya hobi tersebut timbul sejak berumur tujuh tahun kerana sering meluangkan masa bersama ibunya yang menjalankan perniagaan menyulam manik.

“Hasil pendapatan saya gunakan untuk perbelanjaan harian serta membiaya pengajian Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak saya di Kolej Geomatika Keningau.

“Masa perlu diatur dengan baik supaya tidak ketinggalan dalam menyiapkan tugasan kolej dan juga tempahan yang diterima,” kongsinya ketika ditemui media di kediamannya, di sini pada Isnin.

Tambah Exter antara tempahan yang sering diterima adalah lanyard, rantai dan sulaman manik pakaian.

-ZS-

Tinggalkan komen anda