Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

CENTEXS Anjur Karnival Digital Pertama Sarawak

By 31 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Judy Henry (Sarawak)

KUCHING, 30 Mei (Malaysiaaktif) – Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS Syeed Mohd Hussien Wan Abdul Rahman mengumumkan bahawa Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) akan menganjurkan Karnival Digital pada 7 dan 8 Jun ini bertempat di CENTEXS Kuching, Santubong, di sini semalam.

“Aktiviti yang bakal menjadi tumpuan ramai ialah Simposium Karnival Digital dengan menampilkan tenaga pengajar CENTEXS dan penceramah luar juga penggiat industri antarabangsa.

“Selain itu, Hari Terbuka CENTEXS turut memberi peluang kepada pengunjung melihat teknologi yang terdapat di CENTEXS untuk tujuan pembelajaran sekaligus menarik minat golongan muda yang mahu menyertai program yang ditawarkan dalam bidang teknologi digital serta kemahiran teknikal,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda