Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Dedah Aspek Kawalan dan Pencegahan HFMD

By 31 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noorshazana Shaadan(Port Dickson)/Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson

PORT DICKSON, 31 Mei (Malaysiaaktif) – Satu sesi penerangan tentang pengawalan dan pencegahan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) telah berlangsung di Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Intan Perdana, di sini baru-baru ini.

Pegawai Perubatan Dr Abdul Rahman Dasuki berkata sesi taklimat kali ini turut memberikan penjelasan akan langkah serta prosedur yang betul dalam proses disinfeksi di premis.

“Kita berharap dengan pendedahan yang diberikan ini dapat membendung penularan HFMD terutamanya dalam kalangan kanak-kanak di taska dan tadika.

Program anjuran Unit Kawalan Penyakit Berjangkit, Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson ini telah dihadiri oleh 250 orang pengusaha serta guru tadika dan taska di bawah seliaan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pejabat Pendidikan Daerah.

Turut hadir Pegawai Perpaduan Daerah Amin Nudin Ahmad.

-ZS-

Tinggalkan komen anda