Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Kemunculan Predator dan Panda Tarik Perhatian Kanak-Kanak

By 18 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Safwanah Zulkopli (Timur Laut)

GEORGETOWN, 18 Mei (Malaysiaaktif) – Program PMR Outreach sempena Majlis Ramah Mesra Aidilfitri ternyata mendapat sambutan baik daripada anggota masyarakat di perkarangan Flat Taman Serina, Hilir Sungai Pinang di sini, malam tadi.

Bagi mengeratkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat yang berbilang kaum, Pejabat Penerangan Daerah Timur Laut bersama Komuniti Keluarga Malaysia Taman Serina dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Hilir Sungai Pinang bekerjasama dalam melaksanakan program tersebut.

Dalam pada itu, kemunculan Predator dan Panda telah menarik perhatian ramai terutamanya golongan kanak-kanak. Dua lelaki yang memakai kostum tersebut telah menyerikan lagi program ini dan menggembirakan pengunjung yang hadir.

“Program sebegini perlu terus diadakan kerana ianya bukan sahaja dapat mengeratkan tali silaturahim antara satu sama lain malah ianya juga turut memudahkan masyarakat setempat mendapat informasi terkini berkaitan dasar kerajaan,” kata Mohd Ameen Mohd Aboo Baida, Pengerusi Komuniti Keluarga Malaysia Taman Serina.

-ZS-

Tinggalkan komen anda