Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

KPWK Rai Majlis Ramah Tamah Raya Gawai untuk Atlet OKU Sarawak

By 26 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Lydia Humphery Tungkat (Sarawak)

KUCHING, 26 Mei (Malaysiaaktif) – Majlis Ramah Tamah Raya Gawai 2022 yang bertemakan ‘Sarawak OKU Sports Powerhouse Of  Malaysia’ adalah yang julung kali diadakan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah hadir merasmikan majlis tersebut di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), di sini semalam.

“Ianya sebagai penghargaan kerajaan Sarawak kepada atlet kategori OKU di atas sumbangan dan kecemerlangan mereka dalam bidang sukan.

“Bajet telah diperuntukkan setiap tahun untuk tujuan pembangunan sukan atlet OKU Sarawak dan dana ini akan digunakan untuk bayaran elaun semasa latihan mengikut kategori yang berdasarkan pencapaian,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda