Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Keenakan Mee Sotong Hameed Pata

By 26 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: S.Shanmuganathan (Timur Laut)

GEORGETOWN, 26 Mei (Malaysiaaktif) – Pulau Pinang terkenal dengan gelaran syurga makanan kerana keunikan dan variasinya.

Gerai Mee Sotong Hameed Pata yang terletak di Kota Selera Padang Kota Lama, Georgetown dibuka sejak 1978 menjadi tempat kegemaran orang ramai dan pelancong.

Pelanggan, Mohd Sobri Ismail, 43, berkata dia bersama ahli keluarganya dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang adalah untuk bercuti sambil menikmati makanan kegemaran mereka.

“Usaha kerajaan yang berkesan dalam mengawal penularan COVID-19 memberi keyakinan kepada rakyat untuk melancong dalam negeri,” katanya.

Orang ramai sanggup beratur panjang seawal jam 11.00 pagi untuk merasai kenikmatan Mee Sotong Hameed Pata kerana ia mempunyai satu rasa yang unik.

Mee goreng Hameed Pata digoreng dalam kuali yang besar bagi mengelakkan pelanggan menunggu terlalu lama.

Mee Sotong Hameed Pata ini digoreng dengan tauge, ubi kentang, telur, tauhu dan cucur udang sebelum diletakkan sambal sotong kering bersama hirisan limau.

-ZS-

Tinggalkan komen anda