Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Majlis Perlepasan Sempena Program Sukan Terengganu (SUTERA) Tahun 2021

By 23 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 23 Mei (Malaysiaaktif) –  Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga Dan Perpaduan Nasional yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat telah merasmikan Majlis Perlepasan Sempena Sukan Terengganu (SUTERA) Tahun 2021 di Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), di sini semalam.

“Saya mendoakan kejayaan buat kontinjen Kemaman yang akan berentap dalam Sukan Terengganu (SUTERA) Tahun 2021 yang akan berlangsung pada 24 Mei hingga 28 Mei 2022 di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu,” ujar Hanafiah ketika berucap.

Sebanyak 13 Sukan dengan 84 acara bakal dipertandingkan di sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

Turut hadir Ahli Parlimen Kemaman Che Alias Hamid, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih Ab Razak Ibrahim dan ADUN Kemasik IR Saiful Azmi Suhaili.

-ZS-

Tinggalkan komen anda