Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Siap Sedia Beri Sokongan kepada Suami

By 23 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzaima Ibrahim/Anas Amieru (Sabah)

PUTATAN, 23 Mei (Malaysiaaktif) – Pengerusi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Rejimen ke-6 Artileri Diraja, Norasmaliana Zainal menyeru agar para isteri sentiasa bersedia memberi sokongan kepada suami.

“Sebagai tulang belakang keluarga, saya menyeru warga BAKAT sentiasa memberi semangat serta sokongan kepada suami masing-masing sepanjang ketiadaan mereka menjalankan tanggungjawab pada negara.

“Memandangkan mereka akan menjalani latihan menembak selama dua minggu di Kem Paradise, Kota Belud bermula Isnin ini, saya berharap semua warga BAKAT yang terlibat dapat menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga sebaik mungkin serta sentiasa menjaga kehormatan diri sepanjang tempoh berkenaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam Mesyuarat Agong BAKAT yang diadakan Sabtu lepas di rumah BAKAT Tengku Anis, di sini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda