Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Fazallina Collection Rai Anak Yatim, Asnaf

By 2 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fasharina Kholil/Sazli Abu Hassan (Sik)

SIK, 29 April (Malaysiaaktif) – Seramai 20 orang anak yatim dan asnaf daripada Kampung Belantik Dalam, menerima sumbangan pakaian raya tajaan Butik Fazallina Collection (Baling) disini hari ini.

Menurut Pengasas Fazallina Collection, Fazlina Mohd Reduan, sumbangan tersebut merupakan inisiatif pihaknya dalam membantu anak yatim serta asnaf meraikan sambutan Aidilfitri.

“Kami berharap dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan ibu bapa menjelang Aidilfitri nanti,” jelasnya lagi ketika dihubungi.

Sementara itu, menurut Pegawai Penerangan Daerah Sik, Ahmad Azlan Abdul Rahman, sumbangan yang disalurkan menerusi Program Info On Wheels ini, diharapkan dapat membantu meringankan beban dan merasai nikmat berhari raya dengan lebih bermakna serta menyemarakkan keindahan Ramadan dan menjelangnya Aidil Fitri tidak lama lagi,” ujarnya lagi.

Terdahulu, seramai 10 ibu tunggal dan asnaf turut menerima bantuan bakul makanan sumbangan Pertubuhan Kebajikan Dana Kita.

-ZS-

Tinggalkan komen anda