Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Program KOMTIS Hidupkan Budaya Gotong-royong

By 29 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Fauzi Rosli/Mohammad Ezwandi Mohammad Radzi (Ipoh)

MANJUNG, 29 Mei (Malaysiaaktif) – Program Komunikasi Tindakan Setempat (KOMTIS) berjaya menghidupkan kembali budaya gotong-royong dalam kalangan komuniti setempat.

Menurut Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor Datuk Azri Jaafar, aktiviti gotong-royong perlu disemai dalam jiwa anak-anak muda agar keharmonian dan kesepaduan rakyat dapat dikekalkan.

“Program KOMTIS yang dilaksanakan ini menjadi wadah utama kepada Jabatan Penerangan sebagai agensi kerajaan untuk menghidupkan kembali budaya ini,” jelasnya ketika merasmikan Program Komunikasi Tindakan Setempat (KOMTIS) di Teluk Senangin, di sini.

Program KOMTIS yang diadakan pada Sabtu melibatkan 80 pelajar daripada Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sultan Azlan Shah dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung.

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah gotong royong pembersihan pantai, gotong-royong memasak, penanaman pokok dan ziarah jalinan kasih.

-ZS-

Tinggalkan komen anda