Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Aktiviti Menyumpit Masyarakat Orang Asli Perlu Dikekalkan

By 29 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rose Rasidi (Pahang)/ Faiz JAKOA CH

CAMERON HIGHLANDS, 29 Mei (Malaysiaaktif) – Aktiviti menyumpit sinonim dengan masyarakat Orang Asli dalam kehidupan harian mereka pada suatu ketika dahulu, namun walaupun jarang diamalkan di masa ini, masih terdapat lagi masyarakat Orang Asli yang mengamalkan budaya tradisi nenek moyang ini.

Bagi mempertahankan tradisi ini, pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Cameron Highlands telah menganjurkan Karnival Sukan Orang Asli (Menyumpit) kepada masyarakat Orang Asli di daerah ini bertempat di Kampung Menson.

Menurut salah seorang peserta pertandingan Sidi a/l Zulkifli, beliau bangga aktiviti menyumpit dijadikan acara sukan pada hari ini dan berharap dijadikan acara tahunan.

“Kemahiran ini sudah semakin jarang diamalkan,” ujarnya.

Sidi merupakan salah seorang penyumpit terbaik dan bakal mewakili daerah Cameron Highlands di pertandingan peringkat negeri Pahang yang akan diadakan pada Jun nanti.

-ZS-

Tinggalkan komen anda