Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Perkhidmatan Internet dan Jalur Lebar di Kedah Diperluas

By 28 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Bahsyar Abdullah (Kedah)

KUALA MUDA, 28 Mei (Malaysiaaktif) – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa membuat penambahbaikan perkhidmatan komunikasi melalui pelaksanaan inisiatif menyeluruh Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) bagi menangani isu akses internet dikawasan pendalaman dan luar bandar terutamanya di negeri Kedah.

Timbalan Men-KOMM, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang hadir pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri pagi tadi di Padang MPSPK, Ambangan Height, Sungai Lalang, Merbok di sini berkata K-KOMM akan memastikan tiada keciciran dalam kalangan masyarakat terhadap teknologi kini”.

“Menerusi JENDELA fasa pertama (2020 – 2022), setakat suku pertama 2022, sebanyak 298,746 premis telah mendapat akses kepada capaian gentian optik.

“Kelajuan purata jalur lebar telah meningkat kepada 34.65 Mbps.

“Liputan jalur lebar mudah alih 4G di Kedah telah meningkat 97.89%. Manakala di Merbok, setakat suku pertama 2022 mencatatkan 99.82% berbanding 95.93% pada 2020,” katanya.

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran SKMM di hadiri para pengamal media, seluruh agensi dan jabatan K-KOMM di negeri Kedah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda