Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Sambutan Aidilfitri i-LEAD Meriah

By 30 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nasrul Abdul Hamid (Rembau)

REMBAU, 30 Mei (Malaysiaaktif) – Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) Kem Wawasan Negara Ulu Sepri, Rembau turut menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama rakan strategik pelbagai agensi, pertubuhan bukan kerajaan dan kelab.

Menurut Ketua Kem Wawasan Negara Ulu Sepri Mohd Akmaluddin Mudaribeni, banyak aktiviti yang biasa dilakukan disekat apabila negara dikenakan perintah kawalan pergerakan.

“Majlis jamuan hari raya Aidilfitri hari ini turut melibatkan pelajar MRSM dan persatuan belia tunggal. Ianya dapat memupuk ukhwah, mengeratkan semangat kerjasama dan kemasyarakatan bersama penduduk kampung yang tinggal di sekitar kawasan kem.

Beliau turut berkongsi informasi berkaitan penjenamaan semula Biro Tata Negara Jabatan Perdana Menteri yang kekal berfungsi dan berperanan berpaksikan patriotisme dan cinta negara.

Turut hadir ketua-ketua jabatan, wakil-wakil agensi, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Sepri dan wakil pertubuhan bukan kerajaan di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda