Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

UKM Bantu Mangsa Banjir Johol

By 20 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hasrulazlinda Hassan/Shaharuddin Daud@Abu Hassan (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 20 Mei (Malaysiaaktif) – Sejajar dengan MoU dan MoA bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dimeterai pada 11 Mei 2022 yang lalu, satu program gotong-royong telah diadakan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Kampung Orang Asli Kelapi, Bari dan Charik Mukim Johol, di sini semalam.

Undang Luak Johol YTM Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Dato’ Muhammad bin Hj. Abdullah telah berkenan membuat pelepasan konvoi pelajar-pelajar ini ke tempat gotong royong.

Menurut seorang pelajar Norhafizah Zulkifli, 22, beliau terpanggil untuk membantu mangsa banjir ini atas keprihatinan dan rasa simpati kepada mereka.

“Lebih-lebih lagi saya adalah anak jati Johol. Kami berharap dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban mangsa banjir,” katanya.

Program yang diketuai Pengarah Pusat Transformasi Kominiti Universiti (UCTC) UKM Dato’ Dr Rokiah Omar turut melibatkan seramai 100 orang pelajar dan pensyarah universiti itu, Yayasan Undang Johol dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri Johol Haji Zailan Munawar

-ZS-

Tinggalkan komen anda