Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Kuih Bulan ‘Legend’ 30 Tahun Tambat Hati Orang Labuan

By 20 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 20 Mei (Malaysiaaktif) – Kuih bulan atau kuih apam balik milik seorang penjual kuih Lakarudin Intang, 57, telah menjadi pilihan ramai penggemarnya di pulau itu sejak 30 tahun lalu.

Menurutnya yang lebih popular dengan panggilan Haji Pau atau Haji Apam, pada mulanya mereka menjual kuih pau tetapi beralih kepada kuih bulan sejak tahun 1993.

“Resepi kuih bulan kami dihasilkan dengan bahan-bahan yang terpilih, berkualiti dan kos yang agak tinggi bagi mendapatkan rasa yang terbaik.

“Walaupun terpaksa menampung kos kenaikan harga barangan mentah, saya hanya naikkan harga kuih bulan sebanyak satu ringgit, yang penting pelanggan puas hati,”katanya ketika ditemui di Pasar Sentral Labuan semalam.

Menurut seorang pelanggan setianya, Ahmad Bilal, 40 kuih bulan milik Haji Pau mempunyai rasa yang tersendiri dan beliau sudah mula membeli kuih bulan itu sejak kecil semasa mereka masih berniaga di Pasar Lama Labuan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda