Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Bangunan Bersejarah Kubu Margherita Mercu Tanda Bandaraya Kuching

By 13 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Lim Poh Choo (Sarawak)

KUCHING, 13 Jun (Malaysiaaktif) – Kubu Margherita merupakan bangunan bersejarah Sarawak yang digazetkan di bawah ‘Antiquities Ordinance 1971’ dan Ordinan Warisan Bandaraya Sarawak, 1993.

Menurut Phang Chin Jung, 52, ketika ditemui di sini baru-baru ini, beliau memilih menyusuri laluan sungai daripada Pangkalan Batu, Main Bazar Tebingan Sungai Kuching kerana masa yang diambil lebih singkat berbanding dengan melalui jalan raya selama 15 minit.

“Walaupun ini merupakan kunjungan pertama, saya mengetahui bahawa ‘Fort Margherita’ diambil sempena nama isteri Rajah Charles Brooke iaitu Ranee Margaret. Terdapat banyak kisah sejarah Sarawak yang menarik tercatat di Kubu ini selain koleksi artifak bernilai di Galeri Brooke,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda