Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

704 Orang Pemandu Teksi Pahang Terima BPP Fasa 2

By 22 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Dayana Bahazelan/Sh. Nurrul (Pahang)

KUANTAN, 22 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 704 orang pemandu teksi dari seluruh negeri Pahang menerima Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022 Fasa 2, di sini baru-baru ini.

Menurut Menteri Besar Pahang, Dato’ Siri Wan Rosdy Wan Ismail bantuan bersasar ini melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM140,800 dan setiap pemandu teksi menerima bantuan wang tunai RM200 secara sekali beri.

“Saya berharap dengan inisiatif dan kemajuan sosio-ekonomi ini turut membuka peluang pekerjaan sekaligus dapat menyuntik nafas baru kepada sektor perkhidmatan teksi menjelang fasa endemik ini,” ujar beliau.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda