Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Cabaran Belajar dari Rumah Bukan Pengahalang Raih Keputusan Cemerlang

By 21 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Jaitripta Kaur Gajit Singh/Muhammad Shariffuddin Saedin (Seremban)

SEREMBAN, 21 Jun (Malaysiaaktif) – Pembelajaran di rumah semasa perintah kawalan pergerakan bukanlah penghalang kepada pelajar-pelajar untuk berjaya.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau Dato’ Seri Utama Mohamad Mohamad Hasan walaupun persekitaran pembelajaran mencabar dan terkurung namun pelajar masih dapat memperoleh keputusan yang baik.

“Saya mengucapkan setinggi tahniah kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 yang telah meraih keputusan cemerlang.

“Tahniah dan terima kasih juga kepada guru yang telah bertungkus lumus mengajar dengan walaupun hanya dari rumah,” katanya di majlis penyampaian anugerah kecemerlangan SPM 2021 serta bantuan kepada golongan B40 yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Sendayan, di sini baru-baru ini.

Mohamad juga merasmikan Mesyuarat Agong Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) berkelompok Sekolah-Sekolah Kebangsaan dan Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Turut hadir Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Pengarah Penerangan Negeri Sembilan serta ibu bapa pelajar di DUN Rantau.

-ZS-

Tinggalkan komen anda