Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Dua Tahun Menanti Gelaran Juara Merentas Desa

By 17 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Arief (Pahang)

CAMERON HIGHLANDS, 16 Jun  (Malaysiaaktif) – Seramai 200 pelajar sekolah rendah dan menengah memeriahkan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Cameron Highlands yang melibatkan tiga laluan sepanjang 4, 6 dan 8 kilometer mengikut tiga peringkat umur mengelilingi kawasan Tanah Rata, di sini, hari ini.

Menurut Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Cameron Highlands, “Alhamdulillah tahun ini aktiviti merentas desa MSSD CH dijalankan dengan penuh gemilang dan para peserta ini berlari dengan penuh semangat bagi memburu gelaran juara merentas desa MSSD CH kali ini setelah dua tahun menanti kejohanan ini berlangsung.”

Beliau turut menyampaikan hadiah kepada 15 pelari terbaik bagi peserta lelaki dan perempuan bagi setiap kategori dan johan keseluruhan merentas desa MSSD Cameron Highlands bagi kategori Sekolah Rendah dirangkul oleh SK Lemoi manakala bagi kategori Sekolah Menengah dirangkul oleh SMK Sultan Ahmad Shah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda