Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Pelancaran Program KelantanKu Bersih Daerah Jeli

By 17 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nik Faizul Bin Nik Rahmat (Kelantan)

JELI, 16 Jun (Malaysiaaktif) – Program Kelantanku Bersih Peringkat Daerah Jeli telah dirasmikan oleh Dr. Haji Izani Bin Husin, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan.

“Program ini merupakan satu batu loncatan, mengubah wajah Jeli menjadi bandar bersih dan indah, sekaligus menjana peluang ekonomi setempat,” kata Dr Izani dalam ucapannya.

“Jeli yang yang mempunyai banyak tempat pelancongan seperti Lata Keding dan Gunung Reng di Batu Melintang merupakan tarikan utama bagi sektor pelancongan di sini,” ujarnya lagi.

Imam Masjid Jeli, Ustaz Abdul Muhaimin, berkata program bertujuan untuk memberi suntikan semangat kepada rakyat agar lebih menghargai tanah kelahiran sendiri dengan mengekalkan kebersihan di Bandar Jeli supaya terus terpelihara, ceria dan sejahtera.

Turut hadir dalam program ini adalah Ketua Jajahan Daerah Jeli, Tuan Nik Raisnan Haji Daud, Ketua Balai Polis Daerah Jeli, serta wakil dan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri.

-ZS-

Tinggalkan komen anda