Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

KPDNHEP Labuan Ambil Langkah Tangani Kenaikan Harga Barang

By 14 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 14 Jun (Malaysiaaktif) – Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Labuan mengambil beberapa langkah bagi menangani isu kenaikan harga barangan di pulau itu.

Menurut Pengarahnya Junaidah Arbain, antara langkah yang diambil adalah sentiasa memastikan keberadaan bekalan barangan keperluan asas di pasaran.

“Bekalan barangan ini akan dipantau setiap hari bagi memastikan pengguna dapat membeli barangan itu dengan mudah dan pada harga yang munasabah.

“Kita juga akan pantau agar tiada aktviti pencatutan atau kenaikan harga barangan yang melampau yang membebankan pengguna,” jelasnya semasa bersiaran dalam ‘Facebook Live : Setagal Bersama JaPen’, di sini semalam.

Jelasnya, KPDNHEP Labuan turut melaksanakan beberapa program lain bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup warga tempatan dengan memberi pilihan kepada pengguna mendapatkan barangan keperluan dengan harga yang lebih rendah.

“Kita laksanakan Inisiatif pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMM), Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM), Penentuan Harga Maksimum (PHM) ayam dan telur ayam, Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) dan Program Jualan Malaysia (PJM),” kongsinya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda