Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Kerja Rajin-rajin, Beri Perkhidmatan Terbaik

By 14 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mahrani Mohamad/Sarah Abdul Halim (Kedah)

KULIM, 14 Jun (Malaysiaaktif) – Penjawat awam perlu bekerja rajin-rajin dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Yang Berhormat Dato’ Paduka Ammar Dato’ Shaikh Mahmood Naim penjawat awam perlu menjadi contoh terbaik masyarakat bermula dari rumah bagi mencapai matlamat memberi khidmat yang cemerlang seperti yang diamanahkan.

“Slogan ‘Kerja Rajin-Rajin’ menjadi amanat pilihan kepada seluruh warga penjawat awam yang merupakan pemegang taruh bagi daerah Kulim. Penjawat awam juga perlu membiasakan yang betul dan membetulkan yang biasa,” katanya di Majlis Perhimpunan Pagi dan Amanat bersama Penjawat Awam Daerah Kulim, di sini semalam.

Menurut Pegawai Daerah Kulim Tuan Haji Abdul Bari Abdullah, pertemuan itu bertujuan menyuntik semangat dalam melaksanakan tugas membantu, memudah dan menyegerakan segala urusan masyarakat.

Seramai 330 orang penjawat awam turut hadir pada majlis tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda