Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Anyaman Buluh Jadi Kemahiran Warisan Keluarga Narty

By 14 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nizwan Mohd Daini (Sabah)

KENINGAU, 14 Jun (Malaysiaaktif) – Anyaman buluh menjadi kemahiran warisan keluarga S Narty Raitom, 38, dari Kampung Sandapak Bingkor yang mempelajari kemahiran tersebut sejak berusia sembilan tahun melalui ibunya.

Menurutnya kraftangan tersebut mempunyai cabaran tersendiri bukan sahaja dari segi menyiapkan tempahan, malah persaingan dengan produk buatan luar negara.

“Antara cabaran yang kami hadapi ialah persaingan harga kerana produk luar negara menggunakan bahan yang lebih mudah didapati serta pengeluaran secara besar-besaran yang dilakukan.

“Sementara itu, kraftangan anyaman buluh pula berhadapan dengan kekurangan bahan dalam menyiapkan tempahan kerana pokok buluh perlu melalui proses penebangan yang ditetapkan dalam memastikan kualiti anyaman terjaga,” katanya ketika ditemui media di kediamannya, di sini pada Ahad.

“Bagi pihak pengusaha kraftangan, kami berharap kerajaan dapat memperluaskan lagi kemahiran ini kepada masyarakat di samping bantuan dari pelbagai aspek,” ujarnya.

Produk warisan keluarga Narty turut menerima tempahan daripada pelancong luar negara seperti Jepun, Taiwan dan China.

-ZS-

Tinggalkan komen anda