Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

LKM Terus Komited Martabat Produk Berasaskan Koko

By 19 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nazri Ramshah Abdul Basah (Sabah)

KOTA KINABALU, 18 Jun (Malaysiaaktif) – Pesta Koko Sabah 2022, bermula hari ini selama tujuh hari di pusat membeli belah Imago, mencerminkan usaha komited Lembaga Koko Malaysia (LKM), dalam memartabatkan produk tempatan berasaskan koko.

Pegawai Penyelarasnya, Theodora Sebastian berkata pesta itu merupakan platform terbaik dalam mempromosikan khasiat, kebaikan dan kegunaan koko.

“Medium ini turut digunakan bagi memperkenalkan produk berasaskan koko yang sebelum ini hanya dikenali melalui produk makanan sahaja.

“Sepanjang pesta ini berlangsung, seramai 21 pengeluar dan pengusaha produk berasaskan koko di bawah bimbingan LKM hadir menjayakan pesta yang berkonsepkan ‘Cocoa Awareness,” katanya ketika ditemui media di sini, hari ini.

Pesta turut dimeriahkan dengan beberapa aktiviti seperti Pertandingan TikTok Challenge, Pertandingan Makan Coklat dan pelbagai lagi aktiviti sepanjang pesta berlangsung.

-ZS-

Tinggalkan komen anda