
Laporan/foto: Ow Yeang Khang Ting (Johor)
PASIR GUDANG, 18 Jun 2022 (Malaysiaktif) – Program Sambutan Hari Peringatan Antidadah Johor anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Johor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Pasir Gudang telah disempurnakan oleh YB Puan Saraswati A/P Nallathamby, ADUN Kemelah, Wakil Rasmi YB Exco Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor di Dewan Serbaguna, Taman Cendana, Pasir Gudang.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyalahgunaan dadah dengan pembudayaan ‘Lebih Baik Cegah’ serta memperkukuhkan kerjasama dengan pelbagai Jabatan, Agensi dan Badan Bukan Kerajaan.
Penyampaian sijil penghargaan kepada semua Ikon Antidadah yang melibatkan enam daerah iaitu Johor Bahru, Pontian, Segamat, Mersing, Batu Pahat dan Muar telah diadakan semasa majlis.
-ZS-