Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Rentas Tiga Negeri dengan ‘Basikal Tuo’

By 8 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Shaharudin Suratman (Seremban)/Mohd Ariff Bidin (KBTS)

SEREMBAN, 8 Jun (Malaysiaaktif) – Sempena Hari Basikal Sedunia (World Bicycle Day) yang disambut pada 3 Jun, Kelab Basikal Tuo Soghomban (KBTS) mengadakan program Kayuhan Basikal Klasik Rentas Tiga Negeri.

Pengerusi KBTS, Mohd. Ariff Bidin berkata, ini antara kayuhan paling jauh yang mereka lakukan. Sebelum ini mereka pernah berkayuh dari Seremban ke Klang, Selangor.

“Program ini juga bertujuan memecahkan rekod kayuhan ahli kelab ini.

“Sebenarnya kami telah merancang program ini sebelum pandemik Covid-19 namun ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan larangan rentas negeri ia terpaksa ditangguhkan.

“Ramai yang mahu menyertai program kayuhan ini termasuk ahli-ahli kelab basikal klasik dari luar Negeri Sembilan namun kami terpaksa mengehadkan penyertaan dengan hanya melibatkan ahli KBTS supaya urusan program lebih lancar,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Pada 4 hingga 5 Jun lalu seramai 12 orang ahli kelab itu menyertai kayuhan yang melibatkan tiga buah negeri iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor yang bermula dari Seremban melalui Rembau dan menuju Merlimau, Melaka dan seterusnya kayuhan disambung menuju ke Muar, Johor.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda