Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Wakil Tunggal Sabah ke Misi Kemanusiaan Afghanistan

By 22 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fauzrina Bulka (Sabah)

KOTA KINABALU, 22 Jun (Malaysiaaktif) – Malaysian Relief Agency (MRA) menghantar empat orang sukarelawan ke Afghanistan pada April lalu hingga Julai ini bagi menjalankan misi kemanusiaan.

Sukarelawan Jhazfazliel Idlan Shya J Hamsah, 24, satu-satunya wakil tunggal dari Sabah berkata pada tahun ini daging korban akan diagihkan kepada golongan sasar seperti pelarian dalam negara, fakir miskin dan ibu tunggal.

“Bermula dengan pengagihan 1.32 juta roti untuk projek ‘Million Breads for Afghanistan’, kini kami menerima penyertaan sebanyak 700 bahagian lembu bagi Projek Qurban Terbaik 2022M/1443H untuk diagihkan di 15 wilayah di sana,” ujarnya ketika dihubungi media, pada Selasa.

Jhazfazliel yang berasal dari Tawau berharap agar lebih banyak pihak dapat membantu rakyat Afghanistan untuk keluar daripada kemelut kemanusiaan.

Untuk rekod, MRA turut membantu golongan memerlukan di bumi Palestin, Yaman, Somalia, Bangladesh dan beberapa negara lain.

-ZS-

Tinggalkan komen anda