Laporan/foto: Maherah Marina Mahusein/Zamri Abd Razak (Kuala Terengganu)
KUALA TERENGGANU, 22 Jun (Malaysiaaktif) – Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah berkata Kerajaan Negeri Terengganu bersetuju menubuhkan Akademi Al-Fateh.
“Akademi ini antara lain akan mempersiapkan golongan belia dengan modul-modul yang berkesan dan akan diadakan pada empat zon di Negeri Terengganu,” ujarnya di Majlis Perundingan Belia Negara Sidang II, Penggal Ke-33, Sesi 2021-2022 Peringkat Negeri Terengganu yang dihadiri 140 orang ahli di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI), di sini pada Isnin.
Turut hadir Pengarah Belia dan Sukan Negeri Terengganu Mohd Izwandy Ismail dan Presiden Majlis Belia Negeri Terengganu Amirullah Othman.
-ZS-