Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Wanita Perlu Bijak Tangani Masalah Untuk Elak Kemurungan

By 21 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zurina Saad (Yan)

ALOR SETAR, 21 Jul (Malaysiaaktif) – Pengetahuan mengenai kesihatan perlu disampaikan secara menyeluruh bagi membolehkan semua lapisan masyarakat terutama wanita memahami kepentingnya amalan gaya hidup sihat.

Menurut Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Bandar Alor Star Dr. Nang Juriza Nik Zahari wanita masa kini memikul tanggungjawab yang besar sebagai isteri, ibu, penjaga ahli keluarga, pengurus rumahtangga serta sebagai warga kerja negara.

“Berikutan itu  penting untuk wanita memastikan diri dalam keadaan sihat bukan saja dari segi fizikal, bahkan stabil dari segi mental dan emosi.

“Ini kerana ia memberi impak ke atas diri mereka dan orang sekelilingnya. Sekiranya tidak ditangani dengan baik ia boleh membawa kepada masalah kemurungan,’ ujarnya di Program Women’s Health and Wellness, di sini semalam.

Program kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah serta Persatuan Senamrobik Negeri Kedah (PESINAR) yang diadakan di Kompleks Persekutuan Anak Bukit, di sini mendapat sambutan menggalakkan daripada kakitangan awam pelbagai agensi persekutuan dan negeri.

-ZS-

Tinggalkan komen anda