Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

PROSPEK Raub Bangunkan Ekonomi Setempat

By 20 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azree Zaki/Emran Ismail

RAUB, 20 Jul (Malaysiaaktif) – Penduduk kampung di Mukim Dong bakal mendapat pelbagai manfaat daripada Program PROSPEK Raub dengan peruntukan RM8 juta yang telah dilancarkan oleh Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, di sini semalam.

Nur Amin Nor Azhar, 32, salah seorang penerima PROSPEK Raub bagi Komponen Ekonomi berkata beliau bersyukur kerana terpilih dan akan memanfaatkan peluang yang diberikan.

PROSPEK Raub bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan luar bandar melalui program peningkatan pendapatan, meningkatkan kualiti hidup serta menaiktaraf kemudahan prasarana di kampung-kampung sedia ada melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM8 juta daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) selaku pemilik projek dan disalurkan kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) selaku pelaksana projek.

Wan Rosdy dalam ucapannya berkata selain daripada bantuan tersebut Kerajaan Negeri juga akan memastikan pemberian bantuan-bantuan lain kepada rakyat sentiasa berterusan.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar Dato’ Ramlan Harun, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang dan Ahli Dewan Negeri Dong Dato’ Sri Shahiruddin Ab. Moin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda