Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Tugu Pahlawan Song Mercu Tanda Pekan Song

By 28 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Lim Poh Choo/Lydia Humphery Tungkat (Sarawak)

SONG, 28 Jul (Malaysiaaktif) – Salah satu tugu pahlawan yang terdapat di Malaysia ialah Tugu Pahlawan Song yang dibina di Tebingan Sungai Batang Rajang.

Tugu tersebut merupakan mercu tanda Pekan Song yang terletak kira-kira 119 km  dari bandar Sibu, Sarawak.

“Keunikan Tugu Pahlawan Song, menjadi daya tarikan kepada pengunjung dari luar dan penduduk Song sendiri kerana ia dibina mengikut bentuk ‘terabai’ iaitu perisai perang orang Iban pada zaman  dulu,” kata seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Song Thompson Rima, 36, di sini baru-baru ini.

“Tugu ini dibina bagi memperingati jasa serta sumbangan anggota pengaman yang mempertahankan tanah air tercinta daripada serangan komunis. Nama mereka turut diabadikan pada tugu ini,” tambah Thompson.

-ZS-

Tinggalkan komen anda