Laporan/foto: Nur Shahrina Amran (Tangkak)
Tangkak, 28 Jul (Malaysiaaktif) – Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Al Mutawakkil Alallahi Shah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Tazkirah Diraja bersama Ibu Tunggal Daerah Tangkak di Pertubuhan Anak-Anak Yatim Islam Ledang (PKAYIL), di sini semalam.
Baginda juga berkenan menyampaikan sumbangan daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor kepada 20 orang ibu tunggal yang diraikan pada majlis tersebut.
Pada majlis terebut Pegawai Khidmat Masyarakat Pejabat Kadi Daerah Johor Baharu Ustaz Fakhrurrazi Yusof telah menyampaikan ceramah bertajuk ‘Ujian Itu Ganjaran’.
“Setiap manusia pasti akan melalui proses diuji oleh Allah SWT untuk menaikkan martabat seseorang, sebagai ujian sama ada seseorang itu beriman atau sebaliknya,” katanya.
Sebanyak 350 unit khemah mudah alih turut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) Hishamudin Abd Rahim kepada Pegawai Daerah Tangkak Azman Mohamed Shah sebagai penempatan sementara sewaktu bencana.
-ZS-