Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Belia Perlu Bertanggungjawab Mengurus Jenazah Keluarga dan Masyarakat

By 8 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mazlin Basir (Batu Pahat)/Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim

BATU PAHAT, 8 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Pengamalan Sakinah Perdana diadakan bagi mendidik masyarakat supaya bertanggungjawab dalam meneruskan hal berkaitan pengurusan jenazah dalam kalangan keluarga dan masyarakat.

“Ianya juga menyemai semangat persaudaraan dan kebertanggungjawaban para belia dalam merancang pembangunan peribadi selaras dengan objektif penubuhan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) iaitu mengukuhkan institusi keluarga.

“Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran serta meningkatkan pengetahuan para peserta khususnya supaya mereka mahir dengan ilmu menguruskan jenazah serta ilmu kesihatan mental sebagai bekalan untuk mereka memainkan peranan ketika bersama keluarga dan masyarakat di luar sana,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim Nurul Naqiah Fadzil di Masjid Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussein Onn Parit Raja, di sini semalam.

Beliau bercakap di hadapan 300 peserta Program Pengamalan Sakinah Perdana dan 100 peserta Program Jelajah Mind-X (Kesihatan Mental) dari Kolej Kemahiran Tinggi Mara Sri Gading, Pusat Giat Mara Negeri Johor, Southern Volunteers, Kolej Jururawat Masyarakat, Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Dato’ Menteri Ayer Hitam, SMK Tun Ismail Parit Raja dan Pejabat Kerajaan Batu Pahat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda