Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Merdeka@Komuniti Tingkat Semangat Patriotisme Keluarga Malaysia

By 8 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)

LANGKAWI, 8 Ogos (Malaysiaaktif) – Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) Dato Sri Haji Mohammad Mentek berkata K-KOMM melalui Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dan agensi-agensi lain dibawah K-KOMM sentiasa berusaha untuk memupuk serta menyemai semangat patriotisme dan cinta negara dalam kalangan Keluarga Malaysia.

“Program Merdeka@Komuniti ini diadakan bagi membuka ruang kepada komuniti atau masyarakat dalam meraikan semangat patriotisma Keluarga Malaysia sekaligus mengeratkan ukhwah dalam kalangan masyarakat berbilang kaum yang terdapat di negara kita,” katanya kepada pemberita.

Pelbagai acara telah diadakan sempena program pada tersebut antaranya aktiviti perarakan kibar Jalur Gemilang bersama anak-anak Tadika PASTI, gotong-royong bersama masyarakat setempat, pertandingan mengacau bubur asyura dan edaran Jalur Gemilang kepada masyarakat.

Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama Pejabat Daerah Langkawi dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Kuala Melaka menganjurkan program tersebut sempena pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 di adakan di Surau Al-Sakinah, Kampung Kuala Melaka, di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah Penerangan Malaysia Dato Mohd Sukari Ab. Hamid.

-ZS-

Tinggalkan komen anda