Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Cintai dan Lindungi Sumber Air Negara

By 26 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nur Shahrina Amran (Tangkak)

TANGKAK, 26 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Ekspedisi Sumber Air Negara Sungai Muar telah diadakan bagi tujuan memberi pendedahan kepada orang awam akan kepentingan sumber air, ekosistem akuatik dan alam sekitar.

Peserta ekspedisi anjuran Jabatan Pengairan dan Saliran Johor dan Negeri Sembilan serta UNESCO-IHP Malaysia ini terdiri daripada pihak media, penyelidik, dan agensi Kerajaan.

Menurut Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Ir. Haji Azmi Ibrahim pengisian ekspedisi ialah menyusuri Sungai Muar dari Jeti Gerisek, Tangkak ke Jeti Tanjung Emas, Muar.

“Ekspedisi bermula 22 hingga 26 Ogos 2022 ini melibatkan 20 buah bot menyusuri Sungai Muar untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang Projek Rancangan Tebatan Banjir bagi daerah Tangkak serta Lembangan Sungai Muar.

“Diharapkan ia dapat memupuk kesedaran serta menyemai rasa cinta akan sumber air yang bersih dan persekitaran yang harmonis terutamanya dalam kalangan generasi muda,” ujarnya ketika merasmikan program ini di Tepian Muara Sungai Muar, di sini baru-baru ini.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda