Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Pertunjukan Jet Ski Cipta Kelainan Sambut Merdeka

By 26 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarinah Ahmad/Andi Abdul Rohim (Manjung)

PULAU PANGKOR, 26 Ogos (Malaysiaaktif) – Persembahan menarik dan aksi tangkas yang dipamerkan oleh 20 orang penunggang jet ski sempena Program Merdeka@Komuniti Pangkor memukau perhatian ramai dan mendapat sorakan gemuruh daripada pengunjung yang hadir.

“Pelbagai aktiviti telah diatur bagi merakyatkan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 di peringkat komuniti selain bertujuan menzahirkan semangat patriotisme dan menanam rasa cintakan negara.

“Pertunjukan jet ski ini dijayakan dengan kerjasama Persatuan Rekreasi Pulau Pangkor dan Beach Boy Pulau Pangkor. Ia diketuai oleh seorang atlet tempatan, Norazhari Ahmat,” kata Ketua Komuniti Keluarga Malaysia Pangkor Tuan Haji Zamzuri Shuib ketika ditemui di Pantai Pasir Bogak, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda