Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Inisiatif PEMERKASA Bantu Anak Muda Majukan Perniagaan

By 26 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Shahrizan Shahabudin

NIBONG TEBAL, 26 Ogos (Malaysiaaktif) – Berbekalkan kecekalan mental dan fizikal, seorang anak muda yang sebelum ini pernah mengalami pendarahan di bahagian otak bangkit memajukan perniagaanya.

Menurut Muhammad Zulafifie Abdullah, 25, melalui inisiatif PEMERKASA beliau telah berjaya membuka sebuah kedai jahitan pakaian pada pertengahan Jun lalu di Arked MARA Simpang Ampat, di sini.

“Selepas menyertai kursus New Gen Entrepreneur Online Bootcamp (N-GENE) di bawah inisiatif PEMERKASA selama satu minggu saya telah mendapat geran peruntukan sebanyak RM3,000 daripada TEKUN Nasional.

“Alhamdulillah ramai pelanggan mula menempah pakaian termasuk pelanggan baharu dan pelanggan tetap. Saya juga mengiklankan perniagaan ini di media sosial seperti Facebook dan juga Instagram dengan nama Zoultailor,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda