Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Hari Terbuka TVET YRMS Platform Pelajar Pamer Bakat

By 24 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

BANDAR BARU SELAYANG, 24 Ogos (Malaysiaaktif) – Hari Terbuka Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) untuk pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah  platform untuk mempamerkan bakat mereka di samping bertukar-tukar idea.

Pengerusi YRMS Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda berkata program dengan kerjasama Komuniti Belia Selangor (SAY) ini telah menarik lebih 400 penyertaan daripada pelajar sekolah dan kolej seluruh Malaysia seperti Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Selangor.

“Kami telah menambah beberapa lagi komponen untuk menangani cabaran dan tuntutan daripada komuniti TVET seperti Pertandingan TVET Peringkat Kebangsaan untuk pelajar sekolah dan kolej, Anugerah YRMS dan Pameran Gerai TVET,” katanya ketika berucap di Kolej Komuniti Selayang, di sini hari ini.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sharafuddin Idris Shah telah berkenan hadir di majlis tersebut.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda