Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Guru Buka Pusat Pengajian Agama Secara Percuma

By 5 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norshazila Ahmad (Shah Alam)

KLANG, 5 Ogos (Malaysiaaktif) – Seorang guru agama sekolah kebangsaan sanggup mengorbankan masa dan wang ringgitnya untuk mewujudkan Pusat Pengajian Al-Quran Al-Qoddiriyyah agar anak-anak di Kampung Rantau Panjang, di sini tahu membaca dan memahami al-Quran.

Iznan Shahme Ab Kadir, 42, berkata pada mulanya kelas secara percuma di Lorong Tebu yang dibermula sejak tahun 2013 itu hanya menerima sepuluh orang pelajar.

Namun katanya setelah permintaan semakin tinggi beliau menjadikan rumah sewanya sebagai lokasi khas untuk mengajar al-Quran kepada pelajar yang berumur antara sembilan hingga 15 tahun.

“Setakat ini 40 pelajar mengikuti kelas itu yang diadakan tiga hari dalam seminggu dan bermula selepas maghrib serta tamat pada waktu isyak,” katanya yang turut menjadi guru silat di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, di sini secara percuma.

-ZS-

Tinggalkan komen anda