Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Kuala Dulang Kechil Meriah dengan Kehadiran KMKM

By 5 Ogos 2022Ogos 8th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zurina Saad (Yan)

YAN, 5 Ogos (Malaysiaaktif) – Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM) telah singgah di Kampung Kuala Dulang Kechil di sini hari ini setelah sampai di Daerah Kuala Muda semalam.

Kemeriahan jelas terasa apabila kampung ini turut dihiasi dengan ratusan Jalur Gemilang hasil kerjasama dari semua penduduk kampung dan juga pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) serta Jabatan Perpaduan Daerah Yan.

Menurut Pengerusi Komuniti Keluarga Malaysia Haji Ismail Md. Zain penduduk kampung ini bekerja keras bagi memastikan semua persiapan berjalan lancar sehingga hari program walaupun terpaksa menghabiskan masa, tenaga serta wang ringgit bagi tujuan tersebut.

Selain dari itu Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Limau Ustaz Mohd Azam Abdul Samat dalam ucapannya turut menyeru kepada masyarakat agar bersama-sama menghayati erti sebuah kemerdekaan dan jasa pemimpin-peminpin terdahulu yang memperjuangkan kemerdekaan tanahair.

-ZS-

Tinggalkan komen anda